Eja pernah. It is so annoying. Diucapkan oleh seseorang yang tidak rapat dengan Eja tetapi itulah yang Eja dengar. Ditujukan kepada seseorang.
Ini kataku padamu wahai si pengucap yang kubaca tingkahmu setiap kali kita berjumpa. Engkau adalah manusia yang selalu lupa untuk berpijak pada bumi. Engkau punya semangat yang jauh menerobos angkasa tetapi sayang sekali, kemanusiaanmu itu masih terlalu jauh.
Adakalanya engkau semacam sedar untuk kembali ke daerah insani. Aku gembira melihatkan itu. Tetapi, nyatanya engkau memang selalu lupa. Itu membuatkan aku sentiasa kecewa.
Engkau mengukur kekayaan pada harta benda. Maaf, aku tidak melihat itu. Bagiku si miskin lebih mulia jika dia kaya sifat insan.
Siapa engkau mahu mengarah-arah manusia lain menjadi manusia lain? Kalau kata-kata itu kau tujukan padaku tempoh hari, ini balasanku:
Maaf. Dia juga telah kubaca. Aku tidak mahu jadi orang yang tidak tahu membuat keputusan untuk hidupnya sendiri. Aku tidak mahu jadi orang yang tidak tahu berdikari. Aku tidak mahu jadi orang yang menyalin dan tempelkan orang lain dalam dirinya. Aku tidak mahu jadi seperti dia kerana Tuhan jadikan aku untuk menjadi diriku. Aku tidak akan mendengar arahanmu itu kerana jika aku akur, maka aku tewas daripada menjadi diriku. Aku punya perjalanan sendiri yang telah Tuhan tetapkan pantas-lambatnya. Bukan aku fatalis. Tetapi, aku punya identitiku sendiri.
Aku sudah penat untuk membacamu lagi. Sudah terlalu lelah untuk kecewa lagi setelah engkau sekejap-sekejap saja menjadi insan. Engkau dan aku, memang tidak diciptakan oleh Tuhan sebarang kimia keserasian. Sejak awal kita kenal sehingga kini.
Kau fikir aku bangga denganmu? Apa tafsirmu sewaktu aku secara natural, tertawa sinis mendengarkan bahawa engkau mahu membantuku tempoh hari? Jika benar kau pintar, tentu sekali kau mengerti.
Dan aku mahu tanya, jika aku minta kau menempel manusia lain pada wajahmu, mahukah kau?
~Aku mungkin diam, kerana itu memang diriku. But, being still and do nothing are two different things~
1 Bicara Balas.:
Eja,
Sokong! Kita tidak perlu menjadi orang lain kerana seperti komen saya yang sebelum ini, setiap orang memiliki kehidupan yang berbeza. Kita corakkan mengikut apa yang kita mahu (selagi berlandaskan Syariah).
Saya yakin, kita tetap akan berjaya walaupun mungkin kita memilih haluan yang berbeza. Sokongan itu penting. Dan kiranya tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, setidak-tidaknya jadilah manusia yang tahu menghargai!
Apapun, buat yang terbaik dan usaha sehabis daya. Fight-oh, Oh!
p/s: Walaupun panjang, masih bermakna kan?
Post a Comment