2: 53 PAGI. Eja baru saja habiskan kerja. Kerja ofis dan ulangkaji sikit untuk ke kelas pukul 8:30 pagi esok. Mata agak penat. Tapi, tak mengantuk. Dan tiba-tiba teringat masa sekolah dulu. Jadi, Eja teringin nak bercerita di sini.
Tingkatan 1 - tingkatan 3, Eja adalah pelajar di sekolah menengah agama. Mula-mula bersekolah di situ, bergeletiklah nak rasa duduk hostel. Tapi, tiba-tiba kena kacau dengan lesbian, maka bergeletiklah pula nak keluar dari hostel. Fuhh!!! Aku normal okey! Eja ingat lagi, Eja mengamuk di rumah macam budak tadika.
"Nak keluar hostel! Nak keluar hostel!" Lebih kuranglah amukannya. Huhu... Akhirnya, setelah berdegil dan berkeras kepala, Eja pun keluarlah hostel. Tapi, sebab Eja keluar hostel tu, Eja tak pernah beritahu pada famili. Takut mereka bimbang.
Tingkatan 4- tingkatan 5, Eja ke sekolah menengah teknik pula. Hostel lagi walaupun sekolahnya separa harian. Fuhhh!!! Sengsara juga kadang-kadang belajar di sekolah tu sebab pengaruh seniority sangatlah kuat. Kalau tak ada pengaruh tu di sekolah teknik, maka peliklah jawabnya. Bayangkan kalau jumpa senior, asyik nak kena bagi salam dan tunduk hormat. Kalau tak, siaplah masa antara Maghrib dan Isyak, kena ragging. Gila! Biasa budak lelaki yang kena macam tu. Budak perempuan pun ada juga tapi tak seteruk yang budak lelaki kena lah. Eja ingat lagi kata-kata senior Eja "Form 4 buat cara form 4. Jangan nak buat macam form 5." Eja hangen dengar. Tapi Eja senyap saja. Bagi Eja, baik senyap daripada gaduh dengan orang bodoh.
But, I can say that I am lucky. Ayah sepupu Eja agak otai di sekolah tu. Eja panggil dia Abang Syam. Kalau ada budak-budak yang nak buli Eja, mesti tak berani. Kalau Eja buat otai sikit, senior-senior tu cakap belakang sajalah. Senior perempuan buat-buat baik dengan Eja sebab Abang Syam tu hensem orangnya. Hahaha.... Minta maaflah. Eja tak bodoh.
Tapi, ada juga sekali senior kumpulan nasyid panggil Eja. Eja kena fitnah masa tu dengan budak dorm sendiri. Sampai sekarang Eja ingat walaupun dah maafkan. Tapi nak buat baik, minta maaflah kan. Okey, malas nak cerita kisah tu. Buat naik darah saja pagi-pagi buta macam ni.
Tingkatan 5, Eja jadi pengawas. Jawatan Eja masa tu, Penolong Biro Disiplin. Junior masa tu memang nakal. Macam-macam perangai. Tapi, rekod kami semua pada tahun 2004 tu, bersih tanpa kesalahan disiplin. Eja pun tak pernah bezakan junior dan rakan-rakan sebaya. Sebab tu budak-budak gengster pun boleh baik dengan Eja. Boleh mengadu masalah mereka pada Eja. Sepanjang Eja jadi pengawas, seingatnya, Eja tak pernah hukum sesiapa. Tak pernah bagi nama sesiapa pun pada cikgu. Bagi Eja, mereka cuma nakal dan bukan jahat. Kalau jahat pun boleh dinasihat apatah lagi yang nakal. Jadi, Eja lebih suka slow talk. Tingkatan 5, Eja duduk hostel sekejap saja. Bulan Mac Eja keluar. Lepas Eja keluar, macam-macam hal yang Eja dengar berlaku di hostel.
Ada satu petang, head girl datang jumpa Eja, minta Eja masuk hostel balik. Dia cakap dia tak tahan dengan budak-budak di hostel. Eja ingat lagi head girl cakap "Sayidah, kenapa keluar hostel? Masuklah balik. Saya tak larat nak jaga budak-budak tu. Diorang dengar sikit cakap awak." Eja diam. Sebab Eja tak nak masuk hostel dan sebebnarnya, Eja dah tak dapat masuk hostel kalau sudah minta keluar. No second chance. Eja suruh dia sabar dan buat mana mampu. Juga mesyuarat dengan pengawas-pengawas lain.
Eja tak tahu sama ada Eja tegas ataupun garang. Tapi, Eja ingat lagi kawan baik Eja pernah kehilangan telefon bimbitnya di sekolah. Dia tak berani nak beritahu Eja sebab dua hari sebelum tu Eja pernah bertegas pada seorang junior dalam kes yang sama. Telefon bimbit dicuri orang. Eja cakap pada dia "Kes ni, akak tak dapat tolong. Sori. Awak bawa benda terlarang ke sekolah. Kalau adukan pada cikgu pun, awak yang kena marah. Pencuri tu seronok terlepas. Lain kali jangan bawa telefon ke sekolah." Budak lelaki tu terkebil-kebil. Tapi dalam hati Eja ada ayat tambahan sikit. "Kau ingat kau mengorat aku masa orientasi, aku cair dan kau boleh gunakan aku untuk kes-kes macam ni? Jangan harap." Hahaha... Jahat gila hati. Astaghfirullah.... Huhu...
Tapi, ada seorang kawan pernah cakap "Eja, kalau jadi hakim, dia akan jadi hakim yang memang awal-awal mati kena bunuh sebab dia selalu adil." Nak pujilah kononnya tapi puaka betul pujian tu. Ada patut mati kena bunuh? Hailah! Nauzubillah....
Tingkatan 6, Eja tak duduk hostel. Eja pelajar di sekolah yang memang terkenal di Terengganu. Budak-budaknya nakal tapi ramai yang bijak. Tingkatan 6 paling seronok sebab memang Eja otai masa tu. Pernah keluar sekolah ramai-ramai masa waktu rehat. Head boy punya kepala, drive pergi makan di bandar Kuala Terengganu. Cikgu sporting. Tapi, sporting pun sebab budak-budak sekolah tu otai sampai cikgu pernah tulis sajak untuk hari guru "Cikgu marah sikit, dia panggil setrak polis, tiga trak loyar datang sekolah." Huh! Anak-anak menteri, orang kaya, tokey balak memang ramai di sekolah tu. Faham-fahamlah... sampai boleh beli orang dengan duit. Gila! Kasihan cikgu-cikgu sekolah tu. Hurm... Tapi, kenangan paling indah dalam bidang akademik Eja di sekolah itulah. Paling cemerlang sepanjang Eja bersekolah. Eja top 5 best student untuk STPM di sekolah tu tapi top 10 dalam Terengganu. Tempat pertama, pelajar bangsa Cina dari sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Terengganu. Kalah jugalah di situ. Tapi, tak apalah. Syukur dengan pencapaian itu.
Okeylah. Setakat ini dulu Eja bercerita. Mengantuk sangat dah. Jumpa lagi nanti!
1.04.2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bicara Balas.:
Memang jauh berbeza dari kehidupan saya di sekolah :)
Assalamualaikum Eja,
Entri yang menarik. Setiap orang memang memiliki kehidupan yang berbeza. Bagaimana kita menjalani kehidupan itu dan mencorakkannya juga berbeza, walaupun mungkin dari 'acuan' yang sama (adik beradik).
Post a Comment