HAI U OLLSS!!! Erk, gediknya aku. Heeheh... Saja sebab aku gembira akhirnya malam tadi aku boleh tidur macam biasa dan boleh bangun awal macam biasa. Kalau tidak, dalam minggu ni, aku payah sangat nak tidur sebab macam-macam perasaan datang mencucuk-cucuk hati aku. Alhamdulillah, memang minggu ni hidup aku kucar-kacir, haru biru, kelabu mata hitammu... hehehe...Tapi, Allah swt berikan aku rezeki yang sangaaaaatttttt banyak minggu ni.
Aku malas nak letaklah apa yang aku dapat... Lagipun aku belum snap gambar barang-barang tu pun lagi. Tapi, kebanyakan benda yang aku idam-idamkan semua dapat. Senang ceritalah. Dan hari ni, aku nak pergi tengok ofis baru! Yeay! Sewanya boleh tahanlah murah, dan aku kongsi dengan partners aku dalam 5 orang. Eh..eh... Bukan firma guaman...Aku belum jadi peguam lagi la... Aku cuma jadi peguam peribadi je u ollls!!! Gedik lagi. Apa kena aku ni? Okey...okey...Eja, behave yourself. Satu dunia boleh baca kau punya entri ni. Tampar nak? [Pangg!!! Tampar diri sendiri sebab gedik.]
Jadi, lepas kelas hari ni, dalam pukul 3 petang aku akan pergi tengok-tengok ofis aku tu. Kak Ina, partner aku dah tengok dah ofis tu. Beliau cakap sesuai ofis tu. Heh, berapa banyak 'tu' yang kau nak letak, Eja?
Hurm, Kak Ina cakap besar jugalah. Tapi, petang ni aku nak tengok sendiri. Sebenarnya, dari hari Isnin lagi aku nak pergi tengok tapi, yelah, macam-macam hal pula yang jadi. Jadinya, asyik delay dari sehari ke sehari, maka, hari inilah peluangnya. Senang cerita minggu lepas, aku tak kerja sangat. Semalam je, baru aku ikut partner aku, si Azah pergi jumpa klien dia. Sajalah aku ikut untuk dapatkan positive energy balik setelah ion-ion negative berlanggaran ikut gerakan brown dalam badan aku ni. Jadi, aku nak singkirkan semua ion-ion negative tu, aku jumpalah orang yang aku rasa positive. So, after this, if all of you feel like sucks, just go out and meet positive people. It's works babe! Percayalah! Tengok akulah senang cerita. Daripada minggu ni payah nak tidur, semalam tidur best sangat! Lenaaaa~
Mesti kamu semua tertanya-tanya, aku ni kerja apa kan? Sampai sewa ofis sendirilah, jumpa klienlah.... Okey. Macam ni...Aku memang full-time student. Reading law lah macam yang aku pernah beritahu. Tapi, aku jadi part-time PA dan juga unit trust consultant. Alaa...Tak tahu eh unit trust consultant tu apa? Unit amanah...ala-ala ASB. Tapi, profit lagi tinggilah kalau menyimpan dengan unit trust company tempat aku kerja ni. Aku tak boleh beritahu company mana kat sini sebab atas dasar keselamatan. Just, if you all want to know about this, you can send the email. Aku akan beritahu nama company tu. Tapi, mesti kamu semua tahu syarikat unit amanah no.1 di Malaysia kan? Banyak je kot billboard company aku ni di merata-rata tempat. Maka, kalau ada consultant dari company lain yang cakap company dia no.1, tolonglah jangan percaya. Dusta semata-mata tu. Kalau aku, aku luku je kepala orang tu. Heheheh...
Jadi, kepada sesiapa yang rasa nak menyimpan untuk hari esok, dengan keadaan inflasi makin naik setiap tahun yang akan buat orang cepat pokai, silalah hubungi aku untuk consult okey. Jangan bimbang, aku ada license sah daripada Security Commission dan Federation of Investment Managers Malaysia sebab aku lulus ujian mereka. Kalau aku tipu, dua badan ni akan terminate license aku. Dah nama unit amanah kan? Kerja pun kena amanah lah. Itu prinsip aku baik dalam kerja mahupun hidup. Sebab tu, kawan-kawan aku percaya dengan aku kalau mereka nak cerita baik dari sekecil-kecil benda sampailah benda-benda private dengan aku. Aku pantang mulut-mulut longkang, mulut-mulut tempayan ni. Aku rasa nak sealed je mulut-mulut macam tu, macam kilang sealed tin susu cap Teko, biar tak boleh buka langsung dan tak menyusahkan orang lain.
Aku pun pergi kursus investment juga. Pergi talk and seminars. Dan, lepas ni, aku akan dapatkan lesen untuk buat wasiat pula. Jadi, lepas ni sesiapa yang nak buat wasiat, bolehlah datang jumpa aku.
Okeylah. Aku nak berhenti dulu berbloging hari ni. Esok aku update lagi kalau aku ada masa, sebab esok aku nak kena pergi rumah kawan aku kahwin. Ada dua orang kawan aku yang kahwin esok. Seorang di Puchong, seorang lagi...alamak! Aku lupa. Kena tengok kad balik sebab dia buat majlis di dewan Risda. Aku tak pasti kat mana sebab aku cuma ingat dewan Risda tu je. - Tap! Jentik kepala sendiri sebab boleh lupa sebelum kawan aku tolong jentikkan untuk aku.
Apapun, alhamdulillah! Allah swt berikan aku rezeki yang banyak minggu ni. Dan, paling seronok minggu ni, aku boleh bagi duit pada adik aku untuk dia mula menyimpan. Bukan duit PTPTN okey! Aku tak ada pun PTPTN tu. Aku belajar pun aku bayar sendiri yuran semua tu tambah dengan duit bonus, ayah aku bagi tiap-tiap bulan. Thanks, daddy! Ayah aku baik kan? Walaupun aku kerja, ada gaji sendiri, ayah aku bagi juga duit belanja. Jadi, adalah duit lebih untuk aku menyimpan untuk masa depan.
Doakanlah aku murah rezeki lagi okey! Dan, doakan juga supaya aku tak lupa diri bila aku dah kaya nanti. Huhu...
Okeylah. Bubbye!!!
1.14.2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Bicara Balas.:
Assalamualaikum Eja,
Alhamdulillah, semoga rezeki awak akan lebih bertambah, insya-Allah. Teruskan usaha dan jangan pernah mengalah! Hidup penuh dengan ujian sama ada diuji dengan kesenangan, kekayaan ataupun diuji dengan kesusahan, kemiskinan.
Apapun, hiduplah bersederhana. Biarlah segalanya hanya sederhana. Dan yang paling penting, harus saling mengingatkan agar tidak alpa dan leka.
Saya doakan awak akan terus sukses dalam pelajaran, kerjaya dan juga dalam hidup, insya-Allah. Amin Ya Rabb.
p/s: Terima kasih kerana sentiasa ada untuk menyokong perjalanan kerjaya serta jatuh bangun saya.
Post a Comment