Pages

1.08.2011

DBP DAN MPR 2010

SEBENARNYA Eja nak update tentang ini semalam. Tapi, cukuplah satu entri sehari. Dah tahu banyak kerja, lagi kau nak sapu 8 entri kan, Eja. Huhu... Okey. Okey.


Kelmarin Eja ke DBP lagi. Habis kelas, selepas solat Jumaat, Eja, Kak Nas dan Hafiz bergerak dari UIA. Sampai sahaja di DBP, kami terus ke tingkat 5 dulu. Isi perut yang dah menyanyi-nyanyi lagu nasyid - mode hari Jumaat. Baik sikit. Heheh... Tengah makan, Kak Salina Ibrahim, Kak Hani Salwah dan seorang lelaki yang memiliki dua rupa- boleh jadi seorang guru ataupun seorang doktor pun datang. Itulah Adik Khalil, mantan MPR 2010. Okey, dah kenal seorang.

Usai makan, kami semua ke Bahagian Penerbitan Sastera di tingkat 11. Banyak jugalah dapat maklumat tentang penerbitan buku fiksyen dan bukan fiksyen di sana, macam mana nak hantar karya, prosedur penerbitan, dan sebagainya. Tiba-tiba, datanglah berduyun-duyun beberapa orang budak yang comel. Mereka sudah datang! Itulah mantan MPR 2010 yang lain. Setakat yang Eja kenal ketika mereka tiba cuma Mun Kit seorang. Itu pun sebab Eja memang dah kenal dia sebelum dia menyertai MPR lagi. Bahasa Melayunya sangat bagus. Tak ada pelat Cina langsung. Yang lain Eja tak kenal. Tak apa, kita kenal-kenal lepas ni.



Selepas habis sesi lawatan di Bahagian Penerbitan Sastera, kami ke bahagian yang paling seronok! Bahagian Majalah, di tingkat 20. Besar jasa Bahagian Majalah pada Eja. Di sanalah Eja mula meniarap dan kemudian merangkak dalam bidang penulisan. Terima kasih para editor yang menerbitkan karya-karya Eja! Insya-Allah, Eja akan kembali aktif dalam bidang penulisan. Tahun lepas masih aktif cuma tak produktif. Tahun ini, yeahhh!!! Serang media!


Habis sesi lawatan di Bahagian Majalah, kami semua turun ke Koperasi Buku di tingkat 1. 1 ke G? Tak pastilah. Huhu...Apa Eja ni? Selalu pergi DBP tapi lupa tingkat berapa? Heheh... Mana ada selalu. Bulan ini pun baru dua kali. Tapi serius, tak pasti. Minta maaflah ya. 


Okey, mantan-mantan MPR 2010 yang Eja baru kenal kelmarin, Balkish dan Nora.Yang lain Eja tak kenal. Tak berkesempatan berbual. Yang ada namanya di sini sajalah yang sempat berbual dengan Eja. Yalah, semua nak serbu editor termasuk Eja. Mana sempat nak cakap banyak. Eja nak jadi editorlah macam ni. Lebih glamor daripada penulis. Hahaha...Astaghfirullah.... Kau ni Eja, niat dah salah tu. Astaghfirullah....


Itu sajalah aktiviti di DBP kelmarin. Minta maaflah. Tak ada gambar sebab tak bawa kamera. Nak minta gambar dengan Kak Nas, hari ni Kak Nas sibuk di diskusi Novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hassan - yang pada pendapat Eja, sebuah novel tentang fakta sejarah yang semua orang maklum dan apakah fakta sejarah yang sebegitu terang harus ditentang?

Biasanya kamera sentiasa ada dengan Eja. Tapi minggu ini asyik bertukar beg tangan. Jadi, lupa nak letak kamera dalam beg tangan yang nak dibawa. Jangan sampai lupa letak beg duit di dalamnya sudahlah. Haru nanti. Sekarang, nak masuk tandas pun kena bayar. Teksi pun, duduk saja dah kena bayar RM3. Hah, moralnya, jangan beli banyak beg tangan. Eja tak beli tapi orang hadiahkan. Dah kalau, Ma Eja bagi satu, sendiri beli, opah bagi, kawan, teman, sahabat, hadiahkan, mana tak banyak kan?


Jumpa lagi!!!!

Jya!
*(^^,)*

4 Bicara Balas.:

Sufi said...

Salaam..

Sayang sekali,
dengan kaca matapun akak tidak dapat melihat saya.... :)

Sayidah Mu'izzah said...

Salam Ghazali,

Sebab awak adik yang terlalu kecil. huhuhu... ;p

Sufi said...

atau mungkin kaca mata itu menjadikan akak rabun dekat.... :P

Sayidah Mu'izzah said...

Ghazali;

Yalah tu. ;p