Pages

1.24.2011

PUISI : PINTU HUKUM


Pintu hukum yang kau buka
Terlalu sempit untuk dilolos lawangnya
Maaf,
Tidak mampu kupenuhi jemputanmu
berziarah
melayan bual dosa
apa lagi setelah kau hidangkan sedulang cerca

Kau,
Tutuplah pintu itu segera
Aku tidak akan sesekali tiba



Terbit di Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011

2 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum Eja,

Tahniah untuk puisi yang tersiar. Lengkap dan padat. Susunan kata yang mudah tetapi punya maksud yang mendalam. Apapun, tahniah kerana sudah menjadi calon HSKU 2011! =)

Sayidah Mu'izzah said...

Waalaikumussalam Hafiz,

Terima kasih. Awak pun boleh buat. Jangan berhenti menulis okey? =)