Pages

2.03.2011

DUNIA DAN PENGKHIANATAN

Assalamualaikum...

Sekarang pukul 4.30 pagi. Dan aku baru habis study. Tiba-tiba aku terfikir-fikir apa yang aku bualkan dengan ayah aku dua hari lepas.

"Biasalah tu kena khianat dengan kawan, dengan orang yang tak suka kita. Ke mana-mana pun akan ada orang macam tu."

Memang apa yang ayah aku cakap itu betul. Aku fikir sepanjang aku hidup hampir 24 tahun, memang aku selalu berdepan dengan pengkhianatan orang. Dan akhirnya itu membentuk diriku seperti hari ini. Aku jadi serik untuk terlalu baik atau lembut hati dengan sesiapa pun. Selama aku diam, orang fikir aku seorang gadis yang mudah dilambung-lambung, ditolak ke tepi, ke tengah, ke atas, ke bawah, ke mana-mana sahaja.

Pernah di zaman sekolah, seorang kawan yang berkawan denganku sejak sekolah rendah berkata, aku adalah orang yang paling baik yang pernah dia jumpa sebab selalu sabar dengan kerenah orang. Aku selalu diam pada perbuatan orang terhadapku termasuklah perangainya yang panas baran. Itu kata-katanya ketika kami sama-sama menuntut dalam tingkatan 6.  Tak tahulah apa maksudnya, sama ada pujian ataupun kritikan. Aku masih ingat, waktu itu dia datang menghampiri aku yang sedang menung jauh di koridor di hadapan kelas. Ya, aku selalu tuli pada tajam lidah orang. Juga sering buta pada kejam laku orang. Memang nampak macam bodoh.

Entahlah.

Aku jarang mahu bercerita masalahku pada keluarga. Mungkin sebab aku anak sulung, maka sense of independant itu agak kuat dan aku pun jenis yang tak berapa suka bercerita masalah.Tapi, dua hari lepas aku mampu bercerita.

Kata aku pada ummiku, juga dua hari lalu "Sekarang Eja tak mahu lembut dengan orang. Kalau lembut, orang fikir kita senang nak kena tenyeh. Nak jadi kejam sikit."

Ummi aku tergelak dan kemudian berkata "Jangan macam tu... Buat baik pada semua orang. Orang yang khianat kita tu biarlah. Serahkan pada Tuhan. Hidup dengan ramai orang, macam tu lah." 

"Dah, orang selalu ingat kita baik sangat sampai orang suka hati buat kita macam-macam."  Aku bantah begitu.


Aku anak yang selalu degil. Selalu perlukan masa untuk berfikir.
Dan pada pagi berembun dingin ini, aku harus akur dengan kata-kata ummi dan ayahku, setelah difikir-fikir, bahawa ke mana-mana sahaja pengkhianatan memang ada. Walau betapa keras pun hati kita, atau betapa baik pun hati kita, dunia ini memang penuh dengan pengkhianatan.

Sekadar kongsi dapatan dari apa yang aku fikir tentang kata-kata nasihat ummi dan ayahku.

Apa yang harus kita lakukan adalah reda dan ikhlas dengan hati yang teguh berserah kepada Allah swt.

Subuh Khamis yang indah. Reda dan ikhlas saja pada setiap orang kerana Allah.


*Oh, dan tiba-tiba track yang tiba adalah lagu  
Aku Merinduimu - Devotees ft. Naz Far East

5 Bicara Balas.:

hanaahmad said...

Dalam hidup kita sememangnya tak dapat lari dari pengkhianatan terutama dari kawan sendiri. Saya sendiri pernah melaluinya. Sakit hanya Allah yang tahu. Apa-apa pun, jadikan ia satu pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di kemudian hari. Percaya tak, sehingga kini saya tak percaya pada kata KAWAN SUSAH DAN SENANG. susah nak percaya. :)

hanaahmad said...

Dalam hidup kita sememangnya tak dapat lari dari pengkhianatan terutama dari kawan sendiri. Saya sendiri pernah melaluinya. Sakit hanya Allah yang tahu. Apa-apa pun, jadikan ia satu pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di kemudian hari. Percaya tak, sehingga kini saya tak percaya pada kata KAWAN SUSAH DAN SENANG. susah nak percaya. :)

Sayidah Mu'izzah said...

Salam Hana;

Benar sekali apa yang Hana katakan itu. Memang tak dapat lari daripada pengkhianatan.

Kawan susah dan senang itu memang payah hendak dicari. Jarang sekali dapat berjumpa kawan yang sanggup bersama-sama dalam jatuh bangun kita. Kebanyakannya cuma mahu mengaku saudara sewaktu kita senang.

Apapun, Eja tidaklah tidak percaya pada kawan susah dan senang. Setakat ini, Eja tidak pernah tinggalkan kawan-kawan Eja walaupun dalam susah. Masih sudi menjenguk mereka walaupun hanya di alam maya cuma untuk tahu keadaan mereka. Do they drive a good life or not? And I always be here to lend them my ears and my shoulders.

Tapi, kalau kawan lelaki nak cerita masalah rumahtangga, minta maaflah kan. Lain pula jadinya. Fitnah bersangkutan suami orang ni lain sikit bahangnya. =)

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum Eja,

Semoga terus tabah dan cekal harungi dugaan hidup. Memang beginilah lumrahnya. Apapun, teruskan melangkah. =)

Sayidah Mu'izzah said...

Waalaikumussalam Hafiz;

Terima kasih. InsyaAllah...akan terus tabah. =)