Pages

1.31.2011

NARROW LASER SHARP FOCUS!

Assalamualaikum...


"Life is too short to live as a mediocre"

Those are the words of wisdom said by Adi Sasteria, the Group Agency Manager of Sterling 1, Public Mutual Berhad.
Its banging in my head and yeah, I realize that I should find my own passion in my life, put the effort on it and then live as the non-mediocre which means a very successful person in life.

But, successful is the subjective words and bring so many definitions. You have your own definition so do I. And our definition might be too different.

Just want to give the fast end, the key for being a non-mediocre is the narrow laser sharp focus!


Eja, fighting!

TUCIM PERCUMA !

Assalamualaikum...



Dua malam lepas aku jalan-jalan cari shawl di downtown Danau Kota. Aku pun pakai shawl downtown je beb! Dah aku suka. Harga murah dan banyak pilihan. Okey, sambung cerita. Dan, tetiba, nampaklah sesuatu yang sangat comel.

TUCIM! TUCIM! NAK TUCIM!


Aku terkejut gila bila dengar brader kat gerai tu cakap "Percuma je kak." Heh? Biar... benar? Siapa yang nak bagi benda free dalam dunia ni? Aku masuk public toilet pun kena bayar 30 sen kot. Tapi, memang betul. Brader tu tak tipu aku. Dan aku pun tak tipu semua pembaca blog ni. Tak percaya tengok gambar atas tu elok-elok. Kat banner besar tu. Nampak tak 'Cats For Free Adoption'?

Brader yang pakai spek dan tengah membongkok dalam gambar tu cakap kucing-kucing ni mereka kutip, bagi makan, bersihkan, cucuk ubat dan lepas seminggu dua, mereka akan cari keluarga angkat. Aku terus teringat filem G-Force. Huhuhu... Tengok tak cerita G-Force? Binatang-binatang dalam sangkar di kedai binatang peliharaan tu cakap bahawa betapa mereka mahu ada orang datang dan ambil mereka jadi keluarga angkat. Wuwuw...Ayat touching gila.


Aku pun memang terujalah dengar dapat kucing free kan sebab aku memang suka nak bela-bela ni. Bela binatang lah maksud aku. Tapi, masalah aku satu je bila bela binatang berbulu comel ni. Pegang sekejap je aku dah mula gosok-gosok hidung, garu-garu muka. Hailah! Alah! Baik kucing, arnab, kuda, semuanya alah. Aku bela berudu jelah kalau gini. Huhuhu...

NAK TUCIM YANG NI!!!!


Maka, aku terpaksalah matikan saja hasrat nak bela kucing dalam gambar di atas, walaupun aku nak sangat. Miaaaoooowww!!! Sori, tak dapat jadi kakak angkat kau. Huk. Huk. Huk. Tak apalah. Reda sajalah. Dah tak boleh. Nak buat macam manakan?

Okeylah, kepada sesiapa yang nak dapatkan kucing free, bolehlah hubungi nombor telefon dan alamat di bawah:

Lissa (012-2812640)
Lot 6 Jalan 8/1
Kampung Melayu Kepong,
52100 Kuala Lumpur
E-mel : omieyhome@yahoo.com
FB : www.facebook.com/pages/Pusat-Jagaan-Kucing


Tapi, make sure, yang dapatkan kucing-kucing free ni jaga mereka elok-elok. Bagi makan, mandikan dan dapatkan rawatan yang mana perlu untuk mereka. Okey!  Dan satu lagi, nombor telefon tu hendaklah digunakan atas urusan mendapatkan kucing sahaja.

Sekian....

*Teringat kisah perempuan yang tak pasal-pasal jadi ahli neraka sebab kurung kucing dan tak bagi kucing tu makan. Nah, takut weh!

1.29.2011

INTERLOK, AIR MATA DAN SLAVERY MUSEUM, LIVERPOOL

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini cuma sekadar kenyataan sebagai seorang pemerhati dan pemikir yang tidaklah hebat. Aku memerhati dari sudut hidup, kemanusiaan, politik dan kesempitan fikiran kebanyakan masyarakat di Malaysia. Dan kerana kesempitan pemikiran itu Malaysia cuma bergerak maju dengan hanya projek-projek pembangunan, ketinggalan dalam soal rohaniah.

Sepanjang kontroversi novel ni, aku cuma jadi pemerhati selain main kutuk-kutuk belakang tentang orang yang tak berfikiran positif tentang novel itu. - Jadi faham-fahamlah, apa pendirian aku di sini.

Aku perhatikan saja sehingga isu ini dikatakan selesai dua hari lalu.

Ini dari sudut kemanusiaan. Aku lihat foto sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain. Beliau menangis kerana salah tanggap orang tentang Interlok. Dengan keadaan fizikal beliau, aku menangkap satu makna kehidupan. Mungkin sahaja beliau yang sudah lama berjuang di arena sastera, tidak terlintas langsung di fikiran bahawa dalam usia ini (usia yang seharusnya rehat dari segala kekacauan masyarakat) beliau harus berhadapan dengan isu sebegini. Aku terus meletakkan diriku di tempat beliau. Apakah ujian hidup yang akan aku hadapi sewaktu aku berusia begitu?

Ini pula dari sudut kesempitan pemikiran. Malaysia memang kelihatan maju dengan projek. Maka banyaklah bukit-bukit ditarah dan jadi botak. Kuala Lumpur makin panas walaupun hujan. Bukan sahaja bahang daripada matahari tetapi juga bahang dari bumi. Ini kesan sampingan pembangunan 'terancang'. Perkara seringkas ini pun payah hendak difikirkan apatah lagi perkara yang berkaitan dengan pemikiran dalam buku. Lagi-lagi manusia di Malaysia ini kebanyakannnya memang liat membaca. Mereka lagi gemar mendengar muzik, lepak-lepak di kelab malam, rempit-rempit di mana-mana jalan.

Interlok adalah penceritaan mengenal sejarah. Terimalah sejarah walaupun ia pahit. Orang yang tidak dapat terima sejarah adalah orang yang takut menghadapi masa depan dan akan cepat mati. Benar. Dek kerana takut dengan sejarah silam, maka manusia memang akan mahu bunuh diri.

Dan kalaupun Interlok tidak ditulis, dan tidak wujud, hakikat sejarah Tanah Melayu memang didatangi oleh orang-orang bukan Melayu. Semua orang tahu itu.


Aku bukan mahu angkat keterbukaan Barat. Ada keterbukaan yang tidak harus kita contohi kerana menyalahi adab ketimuran. Ada yang harus kita bawakan kepada timbangtara sebagai seorang manusia kerana hidup mereka lebih bergantung kepada human sense. Maka, human sense tidak dapat tidak, tidak boleh lari daripada kita walaupun hidup di timur.

Di Bandaraya Pelabuhan Liverpool, Albert Docks, sebuah muzium hamba abdi telah didirikan. Ia mempamerkan sejarah golongan kulit hitam yang diculik dan dijadikan hamba. Dan masyarakat orang putih selalu sahaja gemar melawat Slavery Museum itu.

pic from google


Malah, tiada pula rusuhan atau kecaman dari pihak orang putih dan minoriti orang kulit hitam yang hidup bersama-sama itu. Kedua-dua pihak tidak tersinggung juga dengan muzium itu. Mereka boleh hidup dengan aman dan bagi orang kulit hitam, mereka bangga dengan sejarah kehambaabdian mereka itu. Mereka melihat dari sudut susah-payah dan perjuangan hidup yang kini membawa kepada kemakmuran.

Bagi mereka itu sejarah yang harus difahami dan harus membawa kepada fikiran yang jernih kerana sejarah adalah fakta - walaupun mungkin dalam buku berbentuk fiksyen, ia dikreatifkan - dan fakta seharusnya membawa kepada puncak fikiran. Berfikir dengan puncak akal. Itulah sebenar-benarnya manusia. Kalau tidak, mengapa Tuhan berikan akal? Betul?

Seperti aku seorang Melayu, bercerita kepada adik-adik kecilku tentang zaman penjajahan British dan Jepun. Kita dipijak di bumi sendiri. Adakah ia sesuatu yang taboo? Tidak! Ia penceritaan sejarah supaya generasi baru harus tahu susah-payah mendapatkan kemerdekaan. Dan, ya, kita harus berbangga tentang itu kerana akhirnya kita merdeka begini.

Malang orang yang melihat sejarah sebagai satu perkara yang ditakuti. Kerana mereka inilah yang menjadi punca keruntuhan bangsa sendiri kerana menafikan sejarah dan lupa tentang sejarah. Banggalah dengan sejarah walaupun ia mungkin pahit kerana kepahitan itulah yang lebih buat kita hargai hidup tanpa rusuh.


*Tuhan jadikan akal di kepala, lidah di tengah-tengah, hati kemudiannya. Kerana akal dan hati harus bersatu terlebih dahulu sebelum mencari lohong bersuara. Dan kenapa Tuhan letakkan akal di kepala pada bahagian atas tubuh manusia? Kerana akal harus jadi ketua sebelum segalanya jadi binasa.

1.27.2011

BLOG BARUKU

ASSALAMUALAIKUM...



AKU harap semua pembaca blog ni sihat dan bahagia selalu. Just an announcement, here.

Aku dah buka blog baru. Klik kat bawah ni:




 


Blog yang itu adalah pusat pengumpulan karya. Lukisan aku, akan aku letakkan di blog tu. Puisi pun mungkin di situ juga. Cerpen dan novel, tok sah nak cari, memang tak akan jumpa. Jenuh lah aku nak taip balik kan? Blog yang ini pusat pembebelan aku. KARYA ATMA adalah blog karya. Dah nama pun Karya Atma kan?


Okey, before that. Semua karya di Karya Atma adalah karya asli aku yang aku pinjam ideanya daripada Tuhan. Tiada cilok-cilok, plagiat, cuplik or whatsoever. Ada orang cakap aku cilok, aku bantai front kick je nanti. Hoho.. Bajet garang dan kuat. Heheheh... Okey, okey. Serius balik. Karya-karya tu memang lahir daripada hati aku, perasaan aku dan dunia aku sendiri.


Aku bukanlah pandai sangat nak berkarya melukis, menulis bagai. Tapi, sebab aku minat, aku redahkan je. Yang penting aku tak buat kerja separuh jalan. Betul?


So, if free, sudi-sudilah singgah Karya Atma. Tak banyak benda sangat lagi di blog tu. Blog baru kan... Huhuhu


Okeylah. GTG. Bilik aku dah bersepah gila dengan berus dan warna. Kena kemas sebelum aku bersiap-siap keluar makan. Ada sesiapa nak join? Heheh...






Thanks for the moral support from each of you. Thanks for my friends for suggestion to register the new blog. Thanks everyone for everything. I really appreciate it!


With love; Eja

*Ecece...Jiwang la pulak! 
(Kuk! Luku kepala sendiri. =P)

1.25.2011

MELUKIS v. MENULIS

ASSALAMUALAIKUM....


Alhamdulillah... Lukisan Aurora Borealis di Oakheart telah selamat bertukar tangan pukul 9.30 malam tadi. Ye ke 9.30? Lebih kuranglah.


Terima kasih Encik *****  sebab sudi beli karya Eja. Beliau tak bagi namanya diwartakan di blog ni. Jadi, memang kena buat 5 stars macam tu. Gambar yang diambil tadi pun beliau tak bagi letak. Maka, jadilah ia dokumentasi peribadi. Heheheh...


Aku penulis. Dalam masa yang sama, aku suka melukis. Kedua-duanya ada beza dan ada persamaannya.


Persamaannya, baik melukis mahupun menulis, kita akan tenggelam dalam dunia sendiri. Kita cipta dan ubah apa saja. Kita jadikan yang tak logik menjadi logik dan sebaliknya. 

Aurora Borealis - Pic from google

Seperti Aurora Borealis, seharusnya tiada di kawasan yang hijau subur begitu. Ia harus berada di Kutub Utara. Menjadi kepercayaan bahawa cahaya Aurora Borealis itu adalah roh-roh binatang dan manusia yang berlegaran padanya. Kalau pernah menonton filem animasi Brother Bear keluaran Walt Disney, maka kita akan lihat bagaimana kepercayaan sejenis puak tentang Aurora Borealis. Dan aku menyalahi fakta dalam lukisan itu kerana aku melihat cahaya itu berfungsi sebagai sesuatu yang lain.


Bezanya, pada aku, dunia lukisan lebih sepi dan tenang. Ia tiada watak yang dibumbui konflik. Segala stress akan melayang pergi begitu saja bila aku mula melukis dan mengadun warna. Dan jangan harap aku akan layan orang ketika aku melukis.


Aku bukanlah pandai sangat melukis. Tapi, bagi masalah jiwa dan otak, ia ubat paling mujarab sedunia!

SWEEP ALL THE MEMORIES AWAY

KAWAN aku membebel.


"Lelaki ni masa tak dapat kita, melambung bil telefon duk call kita pun dia tak kisah. Bergayut sampai pagi pun dia tahan. Lepas dapat, haramlah kan. Baru call sekejap dah nak blah. Lepas kahwin lagilah."


Aku diam. Aku setuju separuh. Separuh lagi aku tak setuju. Maknanya tengah-tengah. Sebab aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Tak adillah kalau aku cakap semua lelaki sama je kan?


"Kau ingatkanlah dia tentang masa baru-baru kenal dulu." Aku melayan juga bebelan dia.


"Kau tahu dia jawab apa? Move forward. Hidup sentiasa berubah."


Aku diam. Dan aku jawab


"Okey. Easy. Sweep all the memories away. Move forward. Forget the past. Jangan ada satu pun kenangan korang dalam minda kau. Jadi, kau tak sakit hati, dia pun tak sakit hati. Tunggu jelah apa nak jadi, jadilah."


Aku jawab dengan jawapan yang langsung tak membantu perhubungan tu sebenarnya. Memang terbukti tak membantu sebab itu cara kejam. Lupakan semuanya. Brand yourself new. Kalau dah tak larat sangat, format je balik otak tu. Cari orang lain yang boleh bawa ingat-mengingat kenangan tu. Dan bagi lelaki, format balik otak untuk cari perempuan yang tak akan ada rasa nak mengingat-ingat. Then, tengoklah apa jadi pada relation korang. Ada lagi conversation aku dengan kawan aku. Tapi aku malas nak taip kat sini sebab panjang sangat.


Kadang-kadang lelaki fikir perempuan terlalu mengambil kira semua benda sehingga benda yang remeh-temeh pun mahu diambil kira. Bukan. Pada perempuan itu bukan perkara remeh-temeh. Perempuan cuma mahu lelaki kenang saat-saat manis awal dulu. Dan, lelaki juga selalu fikir perempuan suka mengungkit tentang itu. Itu bukan mengungkit namanya. Itu disebut sebagai mengenang-ngenang.


Hubungan akan hambar jika tiada hal mengenang-ngenang perkara-perkara manis. Perkahwinan akan jadi sangat indah jika ada kenang-kenangan itu. Aku pun selalu je suka bila dengar mak ayah aku duk bercerita zaman-zaman mereka belajar dulu. Mak ayah aku kahwin muda. Dalam umur 19 - 20 tahun macam tu. Jadi zaman belajar tak banyak bezalah kisahnya. Bila aku dengar mak ayah aku duk mengenang-ngenang cerita- cerita lama yang manis-manis tu aku pun rasa bahagia sama.


Tapi, itulah. Agaknya itu beza perkahwinan orang lama dan orang sekarang. Orang sekarang ambil mudah dalam banyak perkara. Sebab itulah cepat benau bercerainya. Kahwin belanja 100k, 200k berhabis. Hidup bersama adalah pula dalam sebulan dua. Entah. Aku tak mahu komen panjang sebab aku pun belum kahwin. Jadi aku pun tak tahu apa jadi pada perkahwinan aku nanti. Aku cuma boleh berdoa, semoga Allah kekalkan perkahwinan aku dalam keadaan bahagia sampai syurga.


Maka, kesimpulannya, jangan pernah pandang remeh pada hal mengenang-ngenang. Aku ulang, mengenang-ngenang. Bukan ungkit-mengungkit. 




Perempuan cuma punya rasa kasih yang banyak. 
Kerana itu Tuhan kurniakan perempuan, asasnya punya rahim.
Rahim itu bermaksud penyayang.

1.24.2011

PUISI : PINTU HUKUM


Pintu hukum yang kau buka
Terlalu sempit untuk dilolos lawangnya
Maaf,
Tidak mampu kupenuhi jemputanmu
berziarah
melayan bual dosa
apa lagi setelah kau hidangkan sedulang cerca

Kau,
Tutuplah pintu itu segera
Aku tidak akan sesekali tiba



Terbit di Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011