Pages

1.23.2011

ALHAMDULILLAH, REZEKI LAGI!!!

Assalamualaikum...


Agak lama aku tak update blog. Terlalu sibuk minggu lepas. Tambah pula dengan sakit. Banyak benda hendak diuruskan. Hari ini free sikit. Tapi, hah, atas meja aku bertimbun soalan tutorial yang aku kena siapkan sebab aku sakit dan ada dua tiga tutorial yang aku tak sempat attend.


Minggu lepas aku gelak besar bila kawan aku cakap "Eja! Is this your blog? U olls? U olls? Eja bukan gedik macam ni. Gedik is not you." Hahaha.... Memang ada dua tiga entri aku yang aku sengaja buat-buat gedik sikit. Saja. Padahal aku cukup tak suka dengan perkataan u olls dalam ayat yang membawa nada gedik tu. Tapi, itulah. Aku malas nak elaborate panjang-panjang bab ni. I'm stop using that word now. Ok?


Okeylah. Alhamdulillah, hari ni puisi aku tersiar di Mingguan Malaysia. Tajuknya Pintu Hukum. Ada kisah di sebalik puisi ni. Tapi, tiada kaitan dengan sesiapa yang jadi kawan aku atau pernah menjadi kawan aku. Musuh jauhlah sebab aku tak pernah anggap sesiapa pun musuh aku. 

That poem is for unknown. Aku tulis puisi tu ketika aku baca entri-entri bloger lain. Kasihan mereka bila blog mereka yang tak ada dosa apa-apa pada orang lain kena maki. Pada aku, biarlah mereka nak tulis apa pun. Asal jangan bawa fitnah, atau musibah pada masyarakat, atau perkara-perkara yang salah dari segi syariah, itu dah cukup bagus. Kadang-kadang aku tengok blog orang tu tak ada apa-apa yang menyakitkan hati pun. Tup. Tup. Kena maki tiba-tiba kat shoutbox. Aku kasihankan bloggers tu. Tapi aku lagi kasihankan orang-orang yang duk serang bloggers kat shoutbox or comment. Aku pun pernah kena. That's why i'd deleted my shoutbox. Tapi, apa ada hal kan? As long as aku tak kacau hidup orang. Lantak pi la. Aku pun banyak lagi benda penting lain nak kena fikir. Duk fikir masalah perangai orang, apa aku dapat? Lainlah kalau sekali aku fikir aku dapat rasa kemanisan iman ke, USD 1 bil ke orang bagi, nak juga aku fikir. Huhuhu.... Ma aku pun banyak kali duk pesan, jangan duk fikir sangatlah apa orang kata. Yang penting kita tak buat salah.


Aku tak boleh nak letak puisi aku tu di blog ni hari ni. Tarikh luputnya tak sampai lagi sebab surat khabar, tarikh luputnya sehari.  Jadi, kalau aku letak, maknanya ia menyalahi etika seorang penulis. Malam nanti dalam pukul 12, baru aku letak kat blog ni. Karang ada pula yang serang aku kat blog ke, FB ke cakap aku ni manusia kotor. Nilah. Bahana teknologi maju sangat. Tanda-tanda kiamat terlalu dekat. Sebab tu juga aku tak aktif berFB. Ada juga kawan ajak sign up Twitter. Tapi, bagi aku cukuplah FB dah banyak benda sangat. Aku tak banyak masa. But, it's all up to you guys! Just me myself is forbidden and half- forbidden for that stuffs.

Okeylah. Just want to share my drawing. Makluman awal, lukisan ni memang idea aku yang asli lagi tulen. Tak ada nak cilok, cuplik, curi atau plagiat kat mana-mana. Sama dengan puisi yang aku akan letak di blog ni malam nanti. Gilo apo aku nak buat kerja tak senonoh tu kan?

GERBANG CINTA

* Ada juga puisi untuk lukisan ni. Tapi K.I.V dulu untuk siarkan di sini.

*Ada orang tanya kenapa guna 'Gerbang' instead of 'Gapura'? Aku jawab, bosan dengan perkataan tu. Too common in sastra writings.


3 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum Eja,

Tahniah untuk puisi yang tersiar di Mingguan Malaysia hari ini. Tahniah juga untuk lukisan yang cantik itu. Hehehe. =)

Sayidah Mu'izzah said...

Hafiz;

Waalaikumussalam....

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Eja. =)

HAFIZ LATIFF said...

Eja;

Sama-sama. Saya akan sentiasa menyokong awak. =)