Dua malam lepas aku jalan-jalan cari shawl di downtown Danau Kota. Aku pun pakai shawl downtown je beb! Dah aku suka. Harga murah dan banyak pilihan. Okey, sambung cerita. Dan, tetiba, nampaklah sesuatu yang sangat comel.
TUCIM! TUCIM! NAK TUCIM! |
Aku terkejut gila bila dengar brader kat gerai tu cakap "Percuma je kak." Heh? Biar... benar? Siapa yang nak bagi benda free dalam dunia ni? Aku masuk public toilet pun kena bayar 30 sen kot. Tapi, memang betul. Brader tu tak tipu aku. Dan aku pun tak tipu semua pembaca blog ni. Tak percaya tengok gambar atas tu elok-elok. Kat banner besar tu. Nampak tak 'Cats For Free Adoption'?
Brader yang pakai spek dan tengah membongkok dalam gambar tu cakap kucing-kucing ni mereka kutip, bagi makan, bersihkan, cucuk ubat dan lepas seminggu dua, mereka akan cari keluarga angkat. Aku terus teringat filem G-Force. Huhuhu... Tengok tak cerita G-Force? Binatang-binatang dalam sangkar di kedai binatang peliharaan tu cakap bahawa betapa mereka mahu ada orang datang dan ambil mereka jadi keluarga angkat. Wuwuw...Ayat touching gila.
Aku pun memang terujalah dengar dapat kucing free kan sebab aku memang suka nak bela-bela ni. Bela binatang lah maksud aku. Tapi, masalah aku satu je bila bela binatang berbulu comel ni. Pegang sekejap je aku dah mula gosok-gosok hidung, garu-garu muka. Hailah! Alah! Baik kucing, arnab, kuda, semuanya alah. Aku bela berudu jelah kalau gini. Huhuhu...
NAK TUCIM YANG NI!!!! |
Maka, aku terpaksalah matikan saja hasrat nak bela kucing dalam gambar di atas, walaupun aku nak sangat. Miaaaoooowww!!! Sori, tak dapat jadi kakak angkat kau. Huk. Huk. Huk. Tak apalah. Reda sajalah. Dah tak boleh. Nak buat macam manakan?
Okeylah, kepada sesiapa yang nak dapatkan kucing free, bolehlah hubungi nombor telefon dan alamat di bawah:
Lissa (012-2812640)
Lot 6 Jalan 8/1
Kampung Melayu Kepong,
52100 Kuala Lumpur
E-mel : omieyhome@yahoo.com
FB : www.facebook.com/pages/Pusat-Jagaan-Kucing
Tapi, make sure, yang dapatkan kucing-kucing free ni jaga mereka elok-elok. Bagi makan, mandikan dan dapatkan rawatan yang mana perlu untuk mereka. Okey! Dan satu lagi, nombor telefon tu hendaklah digunakan atas urusan mendapatkan kucing sahaja.
Sekian....
*Teringat kisah perempuan yang tak pasal-pasal jadi ahli neraka sebab kurung kucing dan tak bagi kucing tu makan. Nah, takut weh!
4 Bicara Balas.:
Assalamualaikum Eja,
Comelnya tucim-tucim (baca: kucing-kucing) tu. Huhu. Tapi, saya nak bela pun tak boleh juga. Sebab resdung kuat sangat. Heheh.
Mahu bela berudu? Bukan geli ke dengan katak? Hahahaha. ;p
Hafiz;
Waalaikumussalam.
Itulah pasal kan...wuwuw... T.T
Loh.Ada saya cakap nak bela katak? Huhuhu ;p
Eja,
Berudu kalau dibela bukankah lama-lama akan jadi katak? Wek. ;p
Jangan pula bila sudah keluar kakinya, awak mahu buang ke dalam longkang atau kolam pula. ;p
Hafiz;
Hahaha...Buanglah sebab saya nak bela berudu saja. Bukan katak. Heheheh... ;p
Post a Comment