Aku agak sibuk sekarang. Jadi, agak tiada masa untuk update. Eceh. Padahal baru seminggu tak update. Okey. Ada sahabat yang tanya, buku apa yang aku baca sekarang? Wo! Ini adalah sejenis soalan yang sangat lama aku tak dengar sebenarnya. Dulu, lepas aku bergraduasi daripada Minggu Penulis Remaja, kawan-kawan satu batch 2007 aku selalu juga tanya, macam Aidil Khalid, Hafizul Osman, dan Azriq. Tapi sekarang, aku memang langsung tak dengar soalan-soalan tu dah.
Okeylah. Apapun, sekarang just nak kongsi buku yang aku baca sebab aku tak ada masa nak update panjang-panjang. So, these are the books that i've been reading:
Tuhan Manusia dari google |
Tuhan Manusia adalah sebuah novel karya Dr. Faisal Tehrani. He is my guru in writings profession. Buku ni aku masih sedang hadam. So far, ceritanya menarik. Ayat yang paling aku ingat adalah "Benar, tidak banyak remaja seperti saya." sebabnya, benar, banyak sekali ayat ini dalam novel Tuhan Manusia. Ia bermakna, remaja hari ini memang sangat hanyut dengan hedonisme sedangkan banyak lagi perkara yang signifikan yang harus jadi buah fikiran. Aku suggest buku ni untuk dibaca oleh remaja kreatif dan kritis. Aku, jangan dikira walaupun aku dah di hujung usia remaja dan lambat dapat buku ni. Kurang-kurang masih ada nafas nak membaca.
Tuhan Manusia karya Dr. Faisal Tehrani, RM 21.90.
Bab hangpa kata beliau syiah ke tak, aku tak mau campuq. Aku tak mau sakit dengan apa hangpa duk kata kat orang. Aku berkecuali sebab kalau duk pikiaq, hangpa pun baca je buku yang orang Kristian tulih kan? Hak tu tak mau pulak hangpa tengok diri hangpa. So, come on la. Jangan duk nak jadi ketam ajaq ketam lain jalan luruih hangpa duk jalan herot. Ingat ada orang nak dengaq la tu? Tengok diri sendiri macam ketam ke dak baru hangpa tengok orang lain. Sekian, terima kasih.
Bagaimana Saya Menulis dari google |
Okeh. Cukup ceramah tak bertauliah di atas. Maka, kepada sesiapa yang baru atau mahu menceburi bidang penulisan, buku ini sangat menarik untuk dijadikan rujukan. Ia terdiri daripada beberapa buah cerpen oleh beberapa orang penulis juga disertakan proses mereka menulis cerpen-cerpen tersebut. Aku pun baru baca dua-tiga buah cerpen dan proses penulisannya. Rugi tak beli. Sangat rugi tak baca. Bagaimana Saya Menulis, diselenggarakan oleh Nisah Haji Haron dan Dr. Mawar Shafei, RM 25. Tapi, aku dapatkan dari Koperasi Buku Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM 21.
The 5 People You Meet In Heaven dari google |
Ini adalah buku yang tengah hot di rak buku aku selepas Tuesdays With Morrie daripada penulis yang sama iaitu Mitch Albom. Buku ini penuh dengan motivasi yang disampaikan dengan cara yang tidak membelasah otak seperti apa yang biasa dilakukan dalam buku-buku motivasi dewasa ini. Mitch Albom adalah penulis yang mengambil kisah hidup orang yang sangat bermotivasi dan diadun menjadi cerita yang menyedarkan orang tentang erti hidup.
The Five People You Meet In Heaven, RM 29.50.
Sila jangan bermimpi di siang hari untuk dapatkan buku ini dengan harga belasan ringgit di mana-mana rak di kedai buku BookXcess. Aku dah pernah tanya kedai tu sama ada mereka ada buku ini atau tidak. Jawapan mereka, sorry, we don't have it. Jadi, tok sahlah membazirkan peluh anda memunggah rak-rak buku di BookXcess. Berpeluhlah di rak-rak buku MPH, POPULAR atau mana-mana kedai buku yang anda selalu lepak dan anda dengan relevannya memikirkan bahawa kedai itu menjual buku ini.
komik ikhtiar hidup dari google |
Aku pun suka baca komik. Ini komik yang masih panas diangkat dari rak buku MPH. Dah dua hari aku duk ulang-alik MPH Wangsa Maju semata-mata nak beli 'komik budak-budak bijak' ni. Haha, ayat tu aku cilok dari kulit komik ni. Komik ni asalnya dari Korea dan dah lebih 8 juta naskhah sudah dibeli di sana. Ada banyak siri tapi aku baru baca tiga siri iaitu Ikhtiar Hidup di Gurun, Hutan Amazon dan Kawasan Gempa Bumi.
Komik ini adalah komik pengembaraan yang dilengkapi dengan fakta sains yang dikreatifkan, untuk manusia-manusia sesat di mana-mana ceruk dunia, agar dapat hidup dengan lebih lama sehingga menemui jalan pulang ke rumah. Itulah sebab-musabab utama aku beli komik ni. Senang nanti kalau aku nak berikhtiar untuk hidup bertapa dalam gua. Eheheh.. Komik Sains Ikhtiar Hidup, RM 7-RM8, mengikut ketebalan.
Itu sahaja short update aku kali ini. Short? Hehehe... Maka, sekianlah buku-buku yang sedang aku baca sekarang. Nak pinjam, aku minta maaf awal-awal sebab aku memang kedekut buku. Aku lebih rela, nah, ambik 20 sen, pi beli sendiri buku-buku tu ya.
Okey, ada banyak kerja. Jya!
4 Bicara Balas.:
Apa nama saya dibabitkan pula?? Hahaha...Ya la, saya tanya soalan, buku apa pula yang eja akan baca lepas 'ni?
hafizul;
dan dan je hang. huhu.
Assalamualaikum Eja,
Banyaknya buku yang awak baca? Ini semua baca dalam masa berapa lama? Heheheh. ;p
Waalaikumussalam...
Ni sorang lagi.Dan dan gak. Huhu...
Saya memang jenis yang baca banyak buku dalam satu masa. Tapi ada limit juga, mungkin dalam 7-8 buah buku. Ada orang boleh sampai 10-20 buah buku satu masa. Bergantung kepada kapasiti seseorang. Maka, kita buat ikut kapasiti kita.
Dalam sebulan saya boleh habiskan 7-8 buah buku. Mengikut persembahan karya dalam buku tersebut dengan bonus kerajinan. =)
Post a Comment