Pages

3.19.2011

MEROKOK TU TAK STAIL! TOLONGLAH JANGAN KETINGGALAN ZAMAN.

Assalamualaikum....

Entri hari ini akan bercerita mengenai orang-orang yang ketinggalan zaman. Yang jauh ke belakang pemikirannya.

Tadi, lepas kerja, aku pergi makan. Meja sebelah semua perempuan. Okeylah. Aku boleh siap puji dalam hati bila tengok jaket seorang perempuan tu memang cantik. Lepas buat pesanan, aku pun tunggulah makanan sampai sambil tengok TV. Tiba-tiba salah seorang daripada perempuan tu bangun, bayar makanan, dan datang balik ke tempat dia lalu membuka sekotak rokok. Maka, aku pun hangin satu badan bila dia dengan bangganya menghembuskan rokok dan asapnya ditiup angin ke arah aku. Ni perempuan ke apa ni?

Ya Allah.... Hati aku masa tu, Tuhan saja yang tahu. Yalah, kalau nak mati cepat sangat, pi lah mati sorang-sorang. Tok sah lah nak babitkan orang lain kan. Oh, God! Dengan muka tak bersalah, dengan selambanya, langsung tak peduli aku yang duduk kat meja sebelah ni. Then, dia pun blah.

Aku ingatkan sakit hati aku hilanglah kan. Kawan dia pula buat benda sama. Yang ini asap lagi baekkkk punya memang nak bunuh orang. Puntung rokok siap halakan ke meja aku. Aku pun batuk-batuk. Aku dah bajet kalau makhluk ni tak faham, memang aku akan bersuara. Then, kawan aku pun mengibas-ngibas supaya asap tu tak ke meja kami. Nasib baiklah dia faham. Yang tak faham ni yang aku bengang.

Tapi,aku memang tak suka gila pada perokok. Tak kisahlah tegar ke baru-baru cuba ke, apa ke. Tak stail lah merokok tu. Ni zaman moden kot. Pemikiran pun kena moden dan cerdiklah. Orang cerdik akan jaga kesihatannya elok-elok. Orang moden akan fikir, merokok ni hanya dilakukan oleh nenek moyang zaman tok kirong. Ya Allah... So old la. So old! Faham tak? Orang moden dan cerdik akan dapat berfikir, dengan hanya melihat kotak rokok, yang terpampang kesan-kesan negatif merokok. Dah tak perlu nak ambil medik ke apa dah kalau nak faham benda tu. Benda simple sangat je pun tak boleh nak fikir. Aduyai....

Tapi, apapun, aku malas nak fikir sangat. Hal orang lain pun. Cuma aku nak cakap, kalau rasa nak mati cepat, hangpa mati la sorang-sorang. Jangan duk nak heret orang lain.

Kalau hangpa tak mau mati sorang-sorang, dan nak mati dengan orang lain juga, hangpa heretlah keluarga hangpa ja. Kurang-kurang, hangpa tak dak lah tinggaikan isteri ka, suami ka, atau anak-anak hangpa sorang-sorang atas dunia ni. Kesianla kat depa kalau hangpa tak dak. Jadi, heret la depa sekali. Kalau laki hangpa, nanti hangpa mati, terpaksa cari bini lain. Sama juga kalau bini hangpa, terpaksa cari laki lain. Kalau hangpa laki-bini memang merokok, anak-anak hangpa terpaksalah cari rumah anak-anak yatim. Hangpa tak kesian ka? Jadi, kalau betoi nak mati cepat, itulah nasihat aku. Heretlah depa sekali.

Eh, jap. Kalau tak heret pun, mesti Tuhan balas punya perbuatan hangpa tu. Mana tahu, dalam badan keluarga hangpa lagi banyak asap rokok daripada hak hangpa duk hisap kan? Hangpa buat orang, Tuhan bagi balik la.
 
Fikir okey? Fikir. Benda simple sangat-sangat. Tak kan tak boleh fikir?



*Entri ni tak ada gambar sebab aku tak menyokong kemunduran pemikiran di zaman moden. Sekian, terima kasih.