Pages

1.09.2012

PERADUAN MENULIS ULASAN NOVEL: MANIFESTASI POSTMORTAL







Assalamualaikum dan Selamat...

Dah lama Eja tak kemaskini blog. Ingatkan dah tak boleh buka sebab dah terlupa password. Heheh. Okeh. Tak mahu cakap banyak. Kali ini, cuma nak beritahu, ada seorang penulis yang sedang meningkat naik sedang mengadakan peraduan menulis ulasan novel beliau.

Novel tersebut bertajuk Manifestasi Postmortal seperti yang kamu semua lihat di atas. Penulisnya Mohammad Hafiz cuma mahukan ulasan yang 'ikut pandai lah nak komen apapun'. Tak akademik pun tak apa. Tak payah duk nak sumbat teori sastera pun tak apa. Menulislah dengan jujur.

Yang penting, syarat-syarat di bawah haruslah dituruti :


  1. Ulasan minimum 2 muka surat, maksimum 3 muka surat
  2. Tulisan Times New Roman atau Arial, saiz 12, langkau 2 baris
  3. Ulasan mestilah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. (Bahasa slanga tidak dibenarkan)
  4. Ulasan hendaklah dihantar ke : ilham.hafiz111@gmail.com


Hah, 4 syarat saja. Maksud bahasa slanga tu, ialah begini 'Aku rasa novel ni syok la. Kasi tabik spring la!'. Atau contoh paling dekat ialah, bahasa dalam blog ni. Slanga la ni. Kalau masuk pertandingan yang Mohammad Hafiz buat ni, guna bahasa macam dalam blog ni, confirm ulasan masuk dalam bakul sampah..Heheh. Jadi berbahasalah dengan sebaiknya.

Hadiah? Kata beliau, hadiah misteri bakal dibawa balik oleh para pemenang. Eja pun tak tahu apa hadiahnya. Dah kata misteri kan? Huhu..

Jadi, cepat-cepatlah tulis ulasannya ya. Bagi sesiapa yang belum ada lagi novel ni, bolehlah pinjam daripada kawan-kawan yang ada, kakak ke, abang ke, atuk ke kalau atuk baca juga kan. Huhu... Kalau tak ada juga boleh beli melalui penulis sendiri dengan harga RM 15.00 SAHAJA (TERMASUK POS).

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun di bawah :


MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL LATIFF
MAYBANK : 164212274645
CIMB : 08040091055521
PUBLIC BANK : 4879882420


Kasi bayar dulu baru novel kasi pos okey! 

Okeylah! Selamat menyertai pertandingan. Semoga berjaya!


*** Lupa nak habaq; Tarikh tutupnya 31 Januari 2012

8.23.2011

CINTA : HAK SIAPA? BERAPA BANYAK? SEBAGAI APA?

Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak kemaskini blog ni. I am super busy woman now. Banyak benda nak kena kejar. Banyak benda nak kena selesaikan. Masa muda nilah kena kerja kuat. And, I also have my own life plan. I will retire at the age of 40s, focus on writings. Retire young, retire rich. That's the plan.

Alright. Back to the issue. Just the short update. Semua orang pernah bercinta betul? Tak ada orang tak pernah bercinta. Sila luku kepala sendiri untuk sesiapa yang jawab, tak. Cinta kepada keluarga takkan tak pernah kan? Now, lets broad  up your mind.

I've learn lots about love. Yet, I am not a great lover as my dominant  X-Factor is a warrior. However, I always believe that everybody has the right to love and to be loved. Yeap! Semua orang punya hak pada cinta.

Aku seorang yang pemilih untuk memberi peratusan cinta kepada seseorang. Aku mencintai semua orang tanpa syarat. Tetapi pada peratusan itu, ia miliki syarat.

Kepada seorang kawan, berapa banyak peratusannya, bergantung kepada tahap apa dia berada sebagai kawan. Apakah dia seorang kawan yang sentiasa ada dengan kamu ketika kamu jatuh dan memapah kamu agar kembali bersemangat? Inilah kawan yang punya peratusan yang tertinggi dalam cinta aku.

Kalau seseorang yang memusuhi kamu, pada tahap mana dia berhak pada cinta kamu? Ya, ia hanya pada tahap cinta fitrah manusia. Kemudian, bergantung kepada sifat kemanusiaan yang mungkin setelah itu subur dalam dirinya.

Aku lebih kepada mengabaikan kewujudan orang yang mengkhianati dan menyakiti aku dalam hidup. Tak penting untuk aku ambil tahu sehingga mereka perlukan bantuan kemanusiaan daripada aku. Contoh, kalau rumah mereka runtuh ke, apa ke,tak ada orang nak tolong, aku akan tolong. Lepas tolong aku blah.

Pendapat peribadi aku, ketidakpedulian bukan sebab benci dalam diri aku. Tetapi lebih kepada berwaspada. Once you've been screwed up, please say 'NO!' for the second time. Menurut Imam Ghazali, orang yang bodoh adalah orang yang jatuh kali kedua dalam lubang yang sama. Jadi, pilihlah, nak jadi orang bodoh ke, orang cerdik. Answer it to yourself.

Jadi, setiap orang berhak pada cinta. Jangan biarkan sedikit pun rasa benci menguasai diri sehingga rasa kemanusiaan hilang.Atau rasa mahu menjaga hati orang lain diabaikan. Orang sebegini adalah orang yang malang.

Cintailah setiap orang di sekeliling kamu. Peratusannya harus ada sebagai langkah waspada. Cinta kepada diri sendiri adalah cinta untuk mencintai orang lain. Seperti Tuhan memberi rezeki kepada kamu, ia bukan milik kamu sepenuhnya. Ia milik orang yang berhak untuk berkongsi dengan kamu seperti fakir miskin, anak-anak yatim, bahkan keluarga kamu sendiri atau sesiapa yang berada sepanjang perjalanan hidup kamu.


I spread my love everyday. I ignore people who leaves me, betray me, back-biting me. I love people surrounds me. I make new friends everyday. I am happy with my life now. I am really happy with my life. Really happy. =)


*LOL.


5.14.2011

THE TIPS TO START OVER THE LIFE!

ASSALAMUALAIKUM...

IT is so long time no see period right? Sangat sibuk dengan kehidupan yang baru bermula. I don't know what the words, but I can say that my life has begin. It's more like reborn time for me.

I'm joining the number 1 Unit Trust Company in Malaysia as a consultant. I learn about market, economic, and the technical part of the world's soul. It is some kind of ordinary thing to share if I just a lady who joining the company. But the amazing thing that I can share is the agency and the academy under the company where I become a trainer.

KASH ACADEMY is one of the best ever academy that I belong to. The academy teach me the meaning of life, how to be the extra-ordinary (XO) person that doing the extra-ordinary things. Yes, it is not easy to act XO, however, you never know if you don't try.

When I mingle around with the people of the KASH ACADEMY, I always feel to chase and grab the success. It is the matter of winning the race among the healthy and wealthy people. Healthy in mind, that creates the positive energy and vibration. Wealthy in heart that creates the big and strong person. And, this is how you put the meaning in your life! Be XO! Do the things that people are not willing to do because of the difficulties in the journey to success.


Orang biasa akan sentiasa mencari jalan mudah untuk senang. Sedangkan jalan mudah itu tidak melayakkan diri mereka untuk berjaya. Orang yang luar biasa, akan merentas segala kepayahan dan kesengsaraan sepanjang perjalanan untuk berjaya. Make your successful deserve for you. That's how we differentiates the true successful person and the loser. However, as you still alive, there are lots of  chances to start over your life.


And here the tips for all of you to start over; 
Choose the right people to mingle around. Ignore the negative people with the negative words, excuses, gossips and blaming. Choose the best book to raise your standard!


*Next time, I'll share about my agency, AL HAFIZ CONSULTANTS
 (^^,)

3.26.2011

PEMIMPIN v. AHLI POLITIK

Assalamualaikum...

Aku memerhati kehuru-haraan politik sejak aku bergelar budak hingusan. Tetapi aku tidak memberi apa-apa kenyataan kepada sesiapa pun. Siapa mahu mendengar kenyataan seorang budak bukan? Maka, diam lebih baik.

Tetapi, kini aku sudah lewat akhir remaja kalau diikut kiraan psikologi. Bahkan, kalau budak sekolah memberi pendapat tentang politik pun, aku kira, pendapatnya harus didengar kerana mahu atau tidak, orang-orang tua kini tidak harus berasa perit untuk menerima kenyataan bahawa remaja pada hari ini pengetahuannya lebih luas. Ini bukan zaman radio semata. Bukan zaman televisyen kotak. Bukan zaman telegram atau mengutus surat. Ini zaman maklumat di hujung jari. Maka, sabda Rasulullah saw itu sangatlah benar "Didik anak harus mengikut zamannya." Tetapi, ya terpulang untuk mendengar atau tidak kerana aku juga tidak dapat menolak bahawa orang tua kebanyakannya pongah dan bongkak untuk mendengar kata-kata yang muda. Dikiranya cuma jumlah garam yang ditelan. Tetapi itulah pegangan aku; mendengar apa yang diperkatakan dan bukan siapa yang memperkatakan.

Video Lucah Dan Dosa Politik . Ini adalah salah satu pautan bacaan aku sebentar tadi. Aku tidak menyokong sesiapa atau mana-mana parti politik kerana apa yang aku pegang adalah, mendengar kepada apa yang diperkatakan dan bukan siapa yang memperkatakannya.
Apa yang diperkatakan di Blog Dr. MAZA adalah benar. (sila baca untuk maklumat lanjut). Dunia politik sekarang, bahkan sebenarnya dari dahulu hanya tahu mengaibkan ahlinya dengan isu seks dan lucah. Perkara aib dan mengaibkan itu memang amat mudah menjadi bahan (lapuk) untuk menjatuhkan orang lain sehingga khalayak jadi jemu dengan kekecohan itu.

Pokok utama yang menjadikan perkara ini seolah-olah trend politik ialah, pucuk pimpinan kita bukan lagi diterajui oleh pemimpin tetapi politikus. Dan politikus ini pula sekular pandangannya. Buktinya, apabila salah seorang politikus membuat kenyataan "Apabila agama dan politik dicampuradukkan, itu sangat bahaya."

Itu pandangan sekular yang pernah dikeluarkan oleh salah seorang ahli politik Mesir iaitu Ali Abdul Raziq dalam bukunya Al-Islam wa Usul al-Hukum, 1925. Ali Abdul Raziq menjelaskan bahawa politik dan agama itu merupakan dua perkara berbeza yang harus dipisahkan. Rasulullah saw itu diutuskan hanya untuk menjaga akhlak manusia dan bukannya seorang pemimpin. Inilah pandangan sekular ahli politik.
Ini adalah orang yang tidak memahami sejarah Islam. Ini orang yang tidak memerhatikan bagaimana kehebatan Piagam Madinah membentuk sebuah negara yang makmur. Maka, lihatlah politik Mesir pada hari ini.

Ya, politik tanpa agama memang akan jadi sangat kucar-kacir. Bukan sahaja politik, tetapi hidup itu sendiri sebenarnya.

Semalam pula, di FB, aku baru sahaja menyingkir seorang ahli politik dari senarai rakan. Bahasanya kesat. Kata-katanya memperlekehkan orang lain dengan menyoal tahap kecemerlangan akademik orang itu. Aku menepuk dahi membacanya. Bukankah itu rakyat? Dan apakah kalau seseorang itu tidak cemerlang di sekolah, maka pendapatnya tidak harus didengar? Come on! Cemerlang dalam bidang pelajaran tidak menjamin kecemerlangan dalam pemikiran. Sekolah adalah pelajaran di atas buku. Hidup adalah pelajaran mencari kehidupan. Daripada pelajaran mencari kehidupan itulah, Thomas Alva Edison mencipta mentol untuk memberi cahaya ketika kegelapan. Lalu, kita yang pongah dan sombong mengambil sejarah Thomas Alva Edison sebagai satu pelajaran di atas buku. Kita mendefinisikan cerdik itu sebagai hafalan dari buku sedangkan nanti, ketika sudah jadi tua dan nyanyuk, hafalan itu tidak akan melekap lagi di kepala.

Itulah kita yang hidup dengan pelbagai teori lampau tanpa mahu memikirkan teori baru. Kerana itu, ramai yang cerdik di dewan peperiksaan, lancar menjawab soalan peperiksaan, tetapi gagal menjalani kehidupan. Ramai yang berani menjawab soalan peperiksaan tetapi sangat penakut untuk menerima kenyataan dalam kehidupan. Itulah kebanyakan kita, pongah dan bongkak dengan penilaian sempit melalui pencapaian akademik sedangkan Tuhan punya ilmu sangat luas dan belum habis diterokai.

Maka, itulah perangai politikus. Kita ini sudah sangat nazak dalam unsur rohani. Kita sudah kekurangan pemimpin berbanding ahli politik.

Aku masih ingat akan sebuah filem tamil yang aku tonton ketika berada di tingkatan dua, menonjolkan keadaan politiknya yang korup. Antara kata-kata yang aku sempat cernakan ialah "Politik (merujuk kepada keadaan politik India) adalah longkang yang sangat kotor. Ramai orang yang mahu turun untuk bersihkannya tetapi pada akhirnya, ramai yang turut menjadi kotor." Those words should get the big applause. Dan bayangkanlah kalau Malaysia bikin filem begini, tentu sahaja seluruh krewnya ditahan di bawah ISA.

Dan aku, berkecuali dalam menyokong sesiapa. Tidak mahu terjun dalam kancah politik Malaysia. Bahkan politik di universiti aku sekalipun tidak pernah aku sertai. Aku sekadar cinta untuk memerhati dan mencerna kehidupan itu sendiri. Moga, kalau aku dicampak ke bulan sekalipun, aku masih bisa terus jalani hidup dan kehidupan.

3.20.2011

MANIFESTASI POSTMORTAL KINI DI PASARAN !!!








MANIFESTASI POSTMORTAL terbitan Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd merupakan karya sulung Mohammad Hafiz Abdul Latiff, mantan peserta Minggu Penulis Remaja 2002.

Blok I punya sejarahnya yang rahsia.  Bertahun ia terpendam dan tiada yang menerima isyarat untuk menyelongkar.

Imtiyaz dihantui pelbagai misteri setelah berpindah ke sekolah baru. Misteri ini telah menemukannya dengan seorang gadis pendiam yang memiliki kebolehan istimewa, bernama Ainul Hikmah. Illiyaz, remaja yang hilang tanpa ada tanda. Irfan, sepupu Imtiyaz belajar jadi berani setelah percaya akan isyarat yang diterima dari Blok I itu ditujukan kepada mereka.

Apakah isyarat yang diterima dari Blok I? Berjayakah misteri Blok I yang sekian lama terpendam itu dibongkarkan?

Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu mendapatkan novel ini dan alami sendiri cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Imtiyaz, Ainul Hikmah, Illiyaz dan Irfan.


Tajuk : MANIFESTASI POSTMORTAL
Penulis : Mohammad Hafiz
Penerbit : Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd
Harga : RM 14.00



Anda boleh membuat pesanan kepada kami menerusi:

E-melalhafiz.c@gmail.com

Atau boleh memesan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)  ke 019-2434606 dengan menaip:


NAMA  PENUH < JARAK > MP < JARAK > JUMLAH PESANAN < JARAK > ALAMAT ANDA


Kami menerima pembayaran  pindahan wang ke bank-bank berikut :



  1. Maybank
  2. CIMB
  3. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  4. Bank Islam
  5. Public Bank


Sila maklumkan:
 

  1. Nama bank
  2. Waktu pindahan wang dibuat 
  3. Amaun bayaran




Mari alami pengalaman yang mendebarkan 
dalam 
MANIFESTASI POSTMORTAL!


3.19.2011

MEROKOK TU TAK STAIL! TOLONGLAH JANGAN KETINGGALAN ZAMAN.

Assalamualaikum....

Entri hari ini akan bercerita mengenai orang-orang yang ketinggalan zaman. Yang jauh ke belakang pemikirannya.

Tadi, lepas kerja, aku pergi makan. Meja sebelah semua perempuan. Okeylah. Aku boleh siap puji dalam hati bila tengok jaket seorang perempuan tu memang cantik. Lepas buat pesanan, aku pun tunggulah makanan sampai sambil tengok TV. Tiba-tiba salah seorang daripada perempuan tu bangun, bayar makanan, dan datang balik ke tempat dia lalu membuka sekotak rokok. Maka, aku pun hangin satu badan bila dia dengan bangganya menghembuskan rokok dan asapnya ditiup angin ke arah aku. Ni perempuan ke apa ni?

Ya Allah.... Hati aku masa tu, Tuhan saja yang tahu. Yalah, kalau nak mati cepat sangat, pi lah mati sorang-sorang. Tok sah lah nak babitkan orang lain kan. Oh, God! Dengan muka tak bersalah, dengan selambanya, langsung tak peduli aku yang duduk kat meja sebelah ni. Then, dia pun blah.

Aku ingatkan sakit hati aku hilanglah kan. Kawan dia pula buat benda sama. Yang ini asap lagi baekkkk punya memang nak bunuh orang. Puntung rokok siap halakan ke meja aku. Aku pun batuk-batuk. Aku dah bajet kalau makhluk ni tak faham, memang aku akan bersuara. Then, kawan aku pun mengibas-ngibas supaya asap tu tak ke meja kami. Nasib baiklah dia faham. Yang tak faham ni yang aku bengang.

Tapi,aku memang tak suka gila pada perokok. Tak kisahlah tegar ke baru-baru cuba ke, apa ke. Tak stail lah merokok tu. Ni zaman moden kot. Pemikiran pun kena moden dan cerdiklah. Orang cerdik akan jaga kesihatannya elok-elok. Orang moden akan fikir, merokok ni hanya dilakukan oleh nenek moyang zaman tok kirong. Ya Allah... So old la. So old! Faham tak? Orang moden dan cerdik akan dapat berfikir, dengan hanya melihat kotak rokok, yang terpampang kesan-kesan negatif merokok. Dah tak perlu nak ambil medik ke apa dah kalau nak faham benda tu. Benda simple sangat je pun tak boleh nak fikir. Aduyai....

Tapi, apapun, aku malas nak fikir sangat. Hal orang lain pun. Cuma aku nak cakap, kalau rasa nak mati cepat, hangpa mati la sorang-sorang. Jangan duk nak heret orang lain.

Kalau hangpa tak mau mati sorang-sorang, dan nak mati dengan orang lain juga, hangpa heretlah keluarga hangpa ja. Kurang-kurang, hangpa tak dak lah tinggaikan isteri ka, suami ka, atau anak-anak hangpa sorang-sorang atas dunia ni. Kesianla kat depa kalau hangpa tak dak. Jadi, heret la depa sekali. Kalau laki hangpa, nanti hangpa mati, terpaksa cari bini lain. Sama juga kalau bini hangpa, terpaksa cari laki lain. Kalau hangpa laki-bini memang merokok, anak-anak hangpa terpaksalah cari rumah anak-anak yatim. Hangpa tak kesian ka? Jadi, kalau betoi nak mati cepat, itulah nasihat aku. Heretlah depa sekali.

Eh, jap. Kalau tak heret pun, mesti Tuhan balas punya perbuatan hangpa tu. Mana tahu, dalam badan keluarga hangpa lagi banyak asap rokok daripada hak hangpa duk hisap kan? Hangpa buat orang, Tuhan bagi balik la.
 
Fikir okey? Fikir. Benda simple sangat-sangat. Tak kan tak boleh fikir?



*Entri ni tak ada gambar sebab aku tak menyokong kemunduran pemikiran di zaman moden. Sekian, terima kasih.

3.17.2011

AGAMA : BELAJAR v. AMALAN

Assalamualaikum...

Sepanjang minggu ini, ada beberapa kisah yang aku kutip daripada pengalaman insan-insan lain. Kisah yang hancurkan hati, bahagiakan jiwa, menyerabutkan fikiran. Aku kutip dan aku harap, ia akan menjadi pengajaran kepada aku, dan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

Sebelum aku berbicara lebih, terima kasih aku tujukan buat setiap insan yang sudi membaca entri di blog ini, yang mengikuti secara terang atau diam. Terima kasih kerana kebanyakan respon yang aku terima memberitahu bahawa aku harus terus menulis dan berkongsi kisah yang mana mampu, untuk dijadikan pedoman meneruskan hidup. Aku cuma berikan apa adanya selagi bernafas di sini.




Kisah yang ini, aku kutip daripada seorang ibu yang sudah lanjut usianya. Sudah sering sakit-sakit. Dia bercerita, anaknya dihantar belajar agama. Sekarang sudah jadi ustaz. Jadi orang bijaksana. Anaknya cuma yang satu itu diharapkan. Tapi bagai menunggu insan menyentuh pelangi, yang datangnya dari cahaya yang tiada bisa disentuh walau bagaimana sekalipun, anaknya itu tidak pernah tahu untuk menjaga dia yang sudah sering tidak sihat itu. Bahkan, dia sering kecil hati dengan anaknya kerana lebih memikirkan isteri di rumah, daripada memikirkan hati ibunya. Ibu ini berkata, dia cuma diam. Setiap kali anaknya berbicara kasar, dia diam. Setiap kali anaknya mengungkit, dia diam. Dia diam tetapi hatinya hancur. Ibu ini, ibu yang pendamkan segala rasa hati kerana dia lebih tahu, apa yang Tuhan akan rencanakan untuk anaknya itu. Dia sentiasa berdoa agar anaknya itu sedar akan silap melayan dia begitu. Tidak mengapalah kalau yang direncanakan Tuhan adalah bala. Asalkan anaknya sedar akan kesilapan diri.

Di akhir pertemuan, ibu ini berkata "Nak, tidak mengapa kalau kamu tidak hafal al-Quran, yang penting, kamu tahu membacanya dan hati kamu faham firman Tuhan. Dan Tuhan lebih memandang hati kamu, lebih daripada hafalan kamu itu. Ambil kisah anak Mak Cik jadi pengajaran. Agamanya nampak di luar. Di dalam diri, kebaikan hatinya mati walaupun untuk ibunya seorang."


Aku terkedu. Memang sangat terkedu mendengarkan tuturan begitu daripada bibir seorang ibu. Sudah terlalu sakit hatinya sehingga bicaranya membawa maksud, tidak mengapalah anaknya tidak dihantar belajar agama pun, asalkan jadi anak yang baik dan bertakwa.

Pertemuan aku dengan Mak Cik yang sudah separuh abad itu, membuatkan aku harus akui. Belajar agama dan mengamalkannya adalah dua perkara yang berbeza. Sepertinya, seorang lulusan bidang agama, menjadi guru agama, tetapi di hatinya agama itu tidak hidup. Ia cuma bergerak pada tingkahlakunya sahaja iaitu berpura-pura. Ya, itu kepalsuan namanya.

Aku bawa perkara ini kepada perbincangan. Aku mahu tahu fikiran orang tentang isu lulusan agama tetapi tidak mengamalkan agama seperti mana layak dengan kelulusannya. Supaya aku tidak bersifat menghukum, kerana menghukum itu bukan hak manusia. Apa hak kita menghukum orang lain dan mengambil hak Tuhan untuk menghukum? Maka, layakkah kita digelar bertakwa kepada Tuhan setelah kita cuba mengambil hak-Nya?

Beberapa teman menyatakan rasa kecewa dengan isu ini kerana mereka ada bertemu beberapa orang yang tampaknya sangat alim tetapi syaitannya lebih besar daripada orang-orang yang biasa ini. Aku juga pernah ketemu makhluk Allah spesis yang itu.
Kesimpulannya, jangan dilihat orang pada tingkahlaku yang mungkin tampak malu-malu, alim, baik atau apapun imej yang bagus kerana kita tidak pernah tahu hatinya. 


Di sini, aku berbicara secara natural. Tidak menuding jari kepada sesiapa kerana bukan semua orang yang berkelulusan agama yang tidak mengamalkannya. Nanti, ada pula yang menyerang aku mengatakan aku kafir laknatullah atau orang tiada akhlak pula. Ketahuilah bahawa aku tidak peduli cakap-cakap orang. Mengeji aku bermakna kamu mencurah air ke daun keladi. Kalau aku membidas pun, ia tidak bermakna kejian itu telah menggoyahkan pendirianku. Memuji aku juga sama. Tiada apa yang penting bakal kamu dapat. Cuma bezanya ada ucapan "Terima kasih" yang bakal menyusul.

Aku? Siapa aku untuk bercakap soal agama? Aku manusia biasa yang dikurniakan akal untuk berfikir tentang manusia.
Kata Saidina Ali r.a "Jangan dilihat siapa yang berbicara. Tetapi, lihatlah apa yang dibicarakannya."
Dan ini bicara aku.


Yang mana baik, aku ikut. Yang mana buruk, aku utarakan fikiranku sejujurnya. Aku cuma manusia biasa yang membiasakan diri untuk lebih banyak berfikir daripada bercakap ketika keadaan tidak memerlukan suaraku.




* Adakala, keadaan kecil juga memerlukan suara kita. Contoh, berbicara dengan pemandu agar dia tidak mengantuk walaupun terpaksa untuk jadi sedikit sengal. Jya!